05 April 2015

Razif, Tubuhkan "Skuad Khas" untuk perangi peniaga zalim di Terengganu


"kita akan tubuhkan Skuad Khas bagi memantau tindakkan peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak mengikut peraturan dan bertindak melaporkan kepada kerajaan untuk diambil tindakkan tegas"


Itulah antara teks ucapan YAB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman ketika Majlis Makan Malam dan Pelancaran TTB Brotherhood yg berlangsung di kediaman rasmi beliau pada 3 April. 

Pasukan ini terdiri daripada Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) yang akan bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau gelagat peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan sesuka hati sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.


YAB Menteri Besar juga telah pergi ke Mydin Mall, Gong Badak untuk meninjau sendiri keadaan harga pasaran semasa yang menjadi keperluan rakyat di negeri ini. Beliau juga menyambut baik terhadap pasaraya Mydin yang menanggung atau menyerap Cukai GST didalam jualan mereka.


Marilah kita sama-sama membantu usaha YAB Menteri Besar untuk perangi peniaga-peniaga yang zalim. Jikalau terdapat perbezaan harga, laporkan kepada pihak KPDNKK.

Tahniah YAB Menteri Besar Terengganu !!
Kecil bagi kita, besar bagi rakyat 

- Ryoichi


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Penyu Malas. Powered by Blogger